Renungan Bersama

Salam dan selamat sejahtera...

Hari yang baik, bulan yang baik harap kita dapat buat sesuatu untukNYA, semoga jadi hambaNYA yang soleh, solehah dan cemerlang dr segala segi.... insya-ALLAH

Oklah, hari ini...saya ingin kongsikan satu cerita yang diberikan oleh En.Nasoha ketika bisnes preview pada hari Selasa yang lepas (7 Julai 2009)

Cerita bermula begini... Di sebuah kampung terdapat seorang pak cik tua yang sangat tekun beribadah. Segala perbuatannya dibuat atas keredhaan dan percaya bahawa tuhan akan sentiasa membantunya.... tibalah satu hari di mana, kampung itu dilanda banjir kerana hujan yang sangat lebat... Jadi ketika waktu hujan lebat itu... datanglah seorang budak membawa payung mengetuk pintu pakcik tua itu... Budak itu berkata, "Pak Cik, jom ikut saya...saya ada payung... jom selamatkan diri kita pak cik"... then pakcik tuh menjawab "Takpelah nak, Tuhan akan selamatkan aku"... Jadi, budak itu pun beredar daripada situ...

Kemudian, air telah mula naik sehingga paras dada, sebuah bot yang lalu dihadapan rumah pakcik tua itu berhenti disitu dan salah seorang dalam bot itu berkata pada pakcik, "Pak Cik, air dah mula naik....Mari selamatkan diri kita pak cik", pak cik kemudian menjawab... "Takpelah nak, Tuhan akan selamatkan aku"... Jadi bot itu pun berlalu pergi...

Apabila air mula naik sehingga paras bumbung rumah... pak cik itu bertenggek diatas bumbung rumah nyer keseorangan... kemudian, sebuah helikoptar datang ke tempat pak cik itu, dan menghulurkan tangga kepadanya... salah seorang daripada ahli penyelamat itu turun dan berkata, "pak cik, air dah naik sehingga paras bumbung, mari selamatkan diri kita pakcik"... then pakcik tua itu menjawab..."takpelah nak, Tuhan akan selamatkan aku"...

Dan keesokan hari nye, keluar di sebuah akhbar...dan antara nama yang tersenarai meninggal dunia ialah pak cik tua itu...

[di alam kubur]...pabila pak cik bertemu dengan tuhannya... pakcik itu bertanya pada tuhan... "Tuhan, kenapa engkau tidak selamatkan aku?", kemudian tuhan berkata..."Aku telah hantarkan engkau seorang anak kecil membawa payung, engkau menolaknya.... Aku telah hantar sebuah bot laju, engkau menolaknya... dan akhir sekali aku menghantarkan sebuah helikoptar besar kepada engkau, tetapi engkau menolaknya juga..." akhirnya baru pakcik itu sedar bahawa, semua itu datangnya dr tuhan...

Kesimpulan yang boleh saya bagi di sini ialah... Allah telah berikan dan membuka peluang kita kepada bisnes VEMMA ini....mengapa anda tidak membuatnya dengan baik atau menolaknya???... rezeki itu Allah sentiasa bagi pada hambaNYA, cuma kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya dengan cemerlang... dan akhir sekali, jangan lupa untuk mensyukuri nikmatNYA...

Ok, itu sahaja untuk kali ini... jika ada aper2 yang boleh dikongsikan...akan dikongsi pada hari lain yer.... insya-ALLAH... sikit-sikit, lama-lama jadi bukit bukan? jd renunglah kembali ttg cerita ini... wassalam


ATIQAH HAZWANI NASRUDIN
e-mail: tqabiz@gmail.com
YM: tqawanie
SKYPE: tqawanie
SITE: http://www.vemmabuilder.com/654099905
MYSITE: http://www.tqa.myvbizonline.com/

0 comments:

Post a Comment